header4 5

28.7.12

Skim Lencana Anti Dadah ( SLAD )

Skim Lencana Anti Dadah(SLAD) adalah satu usaha terancang untuk melibatkan ahli-ahli persatuan pakaian seragam sekolah menengah dalam aktiviti pendidikan pencegahan dadah dan akhirnya di masyarakat luar. 

Aktiviti SLAD ini adalah sebahagian daripada aktiviti berpersatuan berpakaian seragam sekolah yang menyertainya. Di samping menjalankan aktiviti persatuan yang telah ditetapkan, pemimpin/penasihat persatuan berkenaan hendaklah memasukkan aktiviti anti dadah dalam persatuan. Ahli-ahli persatuan yang menyertai skim secara berterusan akan dianugerahkan Lencana Anti Dadah selepas siadakan penilaian.

Ahli-ahli persatuan berpakian seragam yang menyertai yang menyertai skim dikehendaki menyertai secara berterusan dalam tempoh minimum satu tahun dan maksimum dua tahun baharulah dianugerahkan lencana.

Dengan menyertai skim ini, anda telah memebrikan sumbangan dalam usaha mencegah penyalahgunaan dadah di sekolah anda. Sekurang-kurangnya anda tahu akan bahaya dadah dan bagaimana anda dan rakan anada boleh menjauhkan diri dari penyelahgunaan dadah.

JADILAH SEBAHAGIAN DARI PENYELESAI MASALAH, 
BUKAN MENJADI MASALAH 

Objektif SLAD

Skim Lencana Anti Dadah ini adalah untuk membolehkan pelajar-pelajar yang menyertai:

1. Mempunyai pengetahuan dan kemahiran dalam menyampaikan mesej anti dadah.

Pengetahuan yang cukup dan kemahiran yang betul serta terlatih adalah penting untuk memastikan ahli SLAD mempunyai

2. Dapat menenamkan peranan sebagai orang berpengaruh(indluenneers) dalam menyemapaikan mesej anti dadah di kalangan rakan sebaya, ahli keluarga dan masyarakat.

3. Dapat menghayati aktiviti pencegahan dadah melalui amali penyampaian mesej.

4. Menolong rakan-rakan sebaya yang mempunyai risiko tinggi supaya berhubung dengan guru bimbingan dan menjadi kaunselor rakan sebaya

5. Berkhidmat secara sukarela dalam aktiviti anti dadah apabila tamat persekolahan.

No comments:

Post a Comment