header4 5

12.9.12

Ceramah Kerjaya Bidang Kesihatan

Ceramah disampaikan oleh Penceramah jemputan

Pelajar-pelajar kusyuk mendengar ceramah

Penceramah berkongsi pelbagai info penting bersama pelajar-pelajar smktd

10.8.12

Kempen Anti dadah di Unisel

Wakil Pelajar

Pencapaian Sekolah

Guru Pengiring

Antara penanda buku 

Guru-guru bersama wakil pelajar

Bersama Pn Maimunah

AWAS! Bahayanya Rokok


  • Memendekkan Usia ~>  Rokok membunuh 5000 rakyat Malaysia setiap tahun. Satu dari dua perokok mati awal disebabkan penyakit yang berkait dengan rokok.
  • Masalah kesihatan ~>  Perokok mudah dijangkiti batuk, virus flu dan jangkitan paru-paru dibandingkan dengan orang yang tidak merokok.
  • Kesan kepada orang lain ~> Orang yang membau asap rokok lebih cenderung mendapat penyakit daripada perokok sendiri.
  • Kebersihan diri terjejas ~> Gigi perokok menjadi kuning, kulit berkedut, dan bau nafas yang tidak menyenangkan
  • Mudah letih ~> Perokok akan mudah letih dan tahap kecerdasan juga terjejas.

8.8.12

Pertandingan Penanda Buku

Penanda-penanda buku

Antara yang kreatif

Hidup ceria tanpa dadah 

28.7.12

Jenis-jenis Dadah, Kesan & Akibatnya

Syabu


  • SYABU (Methylamphetamine) :
    • Nama Lain Syabu - Ice, Kristal, Kaca, Lauk Putih, Gula Putih, Nasi Lemak, Ajinomoto.
    • Kesan Serta-Merta - Tingkahlaku agresif, tekanan darah tinggi, berjaga tanpa tidur 2-3 hari.
    • Kesan Jangka Panjang - Penurunan berat badan, penyakit saraf, jarang tidur, hilang selera makan, bimbang berpanjangan, kulit kering & gatal-gatal, hilang daya ingatan & stroke atau mati.
    • Mengedar Lebih Dari 50 gram - Hukuman mati.
 
Pokok Ganja


  • GANJA (Cannabis / Marijuana) :
    • Nama Lain Ganja - Serunding, Gulaian, Rumput, Pot, Grass, Sayur.
    • Kesan Serta-Merta - Khayal, tindakbalas kelakuan saperti orang mabuk, rasa cemas dan takut, mata merah, ketagihan, tekanan jiwa, halusinasi.
    • Kesan Jangka Panjang - Peribadi merosot, kerosakan otak, kerosakan di bahagian paru-paru.
    • Mengedar Lebih Dari 500 gram - Hukuman mati.

Heroin

  •  HEROIN :
    • Nama Lain Heroin - Horse, Powder, Putih Tepung, Gula Ising, White.
    • Kesan Serta-Merta -  Khayal, tindakbalas kelakuan saperti orang mabuk, koma atau mati jika pengambilan berlebihan.
    • Kesan Jangka Panjang - Kerosakan gigi, gatal-gatal, hilang ingatan, masaalah pernafasan, tekanan perasaan.
    • Mengedar Lebih Dari 15 gram - Hukuman mati.
 
Diapezam


  • DIAZEPAM (Depresen) :
    • Nama Lain Diazepam - Blues, Biru Tp 10, Permata Biru, Ella, Butang.
    • Kesan Serta-Merta -  Hilang selera, selalu memakan gula-gula, mengantuk.
    • Kesan Jangka Panjang - Mengurangkan kegiatan urat saraf / otot / jantung / pernafasan, menurunkan tekanan darah, tidak sedar diri, anak mata membesar, tekanan darah meningkat & boleh membawa maut.
    • Mengedar  - Boleh membawa hukuman maksima 5 tahun penjara, 3 kali sebatan.
 
Kodein


  • KODEIN :
    • Nama Lain Kodein - Panikol, Minyak M, Tukul, Kicap, Coke, Pepsi, Sarai, School Boy.
    • Kesan Serta-Merta - Hilang selera, Selalu memakan & meminum yang manis, mata merah & berair, selalu menguap, pening.
    • Kesan Jangka Panjang - Masaalah mental, kelakuan agresif, mengidap penyakit kecing manis, stroke & boleh membawa maut.
    • Mengedar - Boleh membawa hukuman maksima 20 tahun penjara, 10 kali sebatan. 
 
inhalan


  • INHALAN :
    • Nama Lain Inhalan - Gam, Cecair Getah (Rubber Solution), Pencair Cat Paint Thinner), Pembuang Warna Kuku (Nail Polish Remover), Petrol.
    • Kesan Serta-Merta -  Kerosakan pada otak, hati & buah pinggang, mudah terluka, hilang daya ingatan, mempunyai masaalah dalam pembelajaran & daya penglihatan, kehilangan daya kawal tubuh badan, kejang, sakit & batuk teruk.
    • Kesan Jangka Panjang - Susut berat badan, pendarahan dalam otak, hepatitis B, sistem saraf tunjang rosak, gangguan paru-paru & saluran pernafasan & boleh membawa maut.
    • Menghidu sebarang bahan yang mengkhayalkan, menjual / membekalkan, jika mengetahui / mempercayai bahan tersebut  disalahgunakan - Denda B$5,000.00 atau hukum penjara 5 tahun.

Bilik Sumber Sedesaku









Skim Lencana Anti Dadah ( SLAD )

Skim Lencana Anti Dadah(SLAD) adalah satu usaha terancang untuk melibatkan ahli-ahli persatuan pakaian seragam sekolah menengah dalam aktiviti pendidikan pencegahan dadah dan akhirnya di masyarakat luar. 

Aktiviti SLAD ini adalah sebahagian daripada aktiviti berpersatuan berpakaian seragam sekolah yang menyertainya. Di samping menjalankan aktiviti persatuan yang telah ditetapkan, pemimpin/penasihat persatuan berkenaan hendaklah memasukkan aktiviti anti dadah dalam persatuan. Ahli-ahli persatuan yang menyertai skim secara berterusan akan dianugerahkan Lencana Anti Dadah selepas siadakan penilaian.

Ahli-ahli persatuan berpakian seragam yang menyertai yang menyertai skim dikehendaki menyertai secara berterusan dalam tempoh minimum satu tahun dan maksimum dua tahun baharulah dianugerahkan lencana.

Dengan menyertai skim ini, anda telah memebrikan sumbangan dalam usaha mencegah penyalahgunaan dadah di sekolah anda. Sekurang-kurangnya anda tahu akan bahaya dadah dan bagaimana anda dan rakan anada boleh menjauhkan diri dari penyelahgunaan dadah.

JADILAH SEBAHAGIAN DARI PENYELESAI MASALAH, 
BUKAN MENJADI MASALAH 

Objektif SLAD

Skim Lencana Anti Dadah ini adalah untuk membolehkan pelajar-pelajar yang menyertai:

1. Mempunyai pengetahuan dan kemahiran dalam menyampaikan mesej anti dadah.

Pengetahuan yang cukup dan kemahiran yang betul serta terlatih adalah penting untuk memastikan ahli SLAD mempunyai

2. Dapat menenamkan peranan sebagai orang berpengaruh(indluenneers) dalam menyemapaikan mesej anti dadah di kalangan rakan sebaya, ahli keluarga dan masyarakat.

3. Dapat menghayati aktiviti pencegahan dadah melalui amali penyampaian mesej.

4. Menolong rakan-rakan sebaya yang mempunyai risiko tinggi supaya berhubung dengan guru bimbingan dan menjadi kaunselor rakan sebaya

5. Berkhidmat secara sukarela dalam aktiviti anti dadah apabila tamat persekolahan.

26.7.12

Lorong Sengsara (PPDa)









Sejarah Penubuhan PPDa SMK Taman Desa

Pada 3 Februari 1988, Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 3/1988 Program Skim Lencana AntiDadah, Pasukan Berpakaian Seragam Sekolah Menengah (SLAD) disiarkan oleh Bahagian Sekolah KPM. Dengan ini, sekolah ini telah memulakan Program SLAD pada tahun 2002 sehingga sekarang iaitu daripada awal sekolah ini dibuka.

Aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan oleh SLAD adalah lawatan sambil belajar ke Pusat Serenti, menghadiri ceramah, menyertai pertandingan, aktiviti seranta, penyampaian maklumat dan menyediakan buku skrap.
Program Cuma Lima Minit AntiDadah dimulakan pada tahun 1999 setelah pihak sekolah menerima surat Pekeliling Ikhtisas KP(BS/HEP)8543/06/(23) . Pelaksanaan Program 5 Minit AntiDadah di sekolah.

Program ini dijalankan pada bulan Mac dan Julai setiap tahun. Guru,pelajar atau penceramah undangan akan meluangkan sebanyak 5 minit untuk menyatakan maklumat-maklumat dadah kepada awrga sekolah berdasarkan modul yang diedarkan semasa pengajaran dan pembelajaran.

Pada tahun 2004, Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.3/2004 memperkasakan pendidikan pencegahan dadah telah disiarkan kepada sekolah-sekolah. Dengan ini, guru kaunseling kedua telah dilantik sebagai guru PPDa.Maka pelbagai program PPDa telah dilaksanakan untuk staf dan murid-murid di sekolah ini. Aktiviti-aktiviti yang dijalankan seperti Perkembangan Staf, Minggu AntiDadah, Mesej Jauhi Dadah PPDa KBSM, Ceramah AntiDadah, Pameran AntiDadah, Pertandingan Poster AntiDadah, Pertandingan Buku Skrap AntiDadah, Pertandingan Esei AntiDadah, Kemahiran Personal dan Interpersonal, kaunseling PPDa, Kolokium Kepimpinan PPDa, Seminar PPDa, Program Keibubapaan dan sebagainya

Pada tahun 2007, semua sekolah telah diarahkan untuk menubuhkan bilik/lorong/sudut PPDa di sekolah. Maka bilik sumber PPDa di sekolah ini telah ditubuhkan di tingkat 3, blok C. Bilik sumber ini mempunyai keluasan 30 kaki X 80 kaki. Bilik ini asalnya adalah bengkel kejuruteraan. Namun telah diserahkan pada unit bimbingan dan kaunseling untuk dijadikan bilik sumber PPDa SMK Taman Desa. Bilik ini telah diubahsuai dan akhirnya telah berjaya dijadikan bilik sumber PPDa untuk kegunaan seluruh warga sekolah.

Berlandaskan kempen perangi dadah dan visi, misi PPDa Sekolah Bebas Dadah 2012, pihak pentadbir sekolah telah bangkit untuk mewujudkan sudut dan lorong PPDa bagi mendidik seluruh warga sekolah ini berkaitan bahaya dadah. Jawatankuasa khas telah diwujudkan dan perancangan yang lebih teliti telah diatur untuk menjayakan program PPDa diseluruh kawasan sekolah. Program-program ini berterusan hingga hari ini.

Sekolah Memacu Kecemerlangan Tanpa Dadah

Misi & Visi



    Organisasi PPDa Sekolah

    CARTA ORGANISASI BILIK SUMBER DAN LORONG PPDa


    CARTA ORGANISASI PELAKSANA


    JAWATAN KUASA INDUK PPDa SMK TAMAN DESA 2012

    Penasihat : Pn Hjh Naaimah Bt Ismail
    Penasihat : En Johari Bin Mohamad
    Pengerusi : Pn Maimunah Bt Abd Ghani
    Naib Pengerusi 1 : Pn Rojmah Bt Abdullah
    Naib Pengerusi 2 : Pn Faraliza Mohamed
    Naib Pengerusi 3 : Pn Tee Sew Hua
    Setiausaha : Pn Noor Aznida Bt Zainal Abidin
    : En Mohd Iskandar Mohd Arshad
    Bendahari : Pn Guan Siew Poh
    Penyelaras : Pn Noriani Abdullah
    : Pn Aziha Hassan
    Penyelaras Mural : Pn Jamaliah Bt Mohamad
    Penyelaras Bilik Sumber : Pn Normali Bt Ibrahim

    AJK : En Abdul Mubin Bin Abdul Rahman : Pn Suzaini Bt Abidin
    : Pn Fatimah Mustafa : Pn Foo May Lan
    : Pn Hadzirah Bt Ambok : Pn Kalsom Bt Bakar
    : Pn Mahaiya Bt Yusof : Pn Tee Kim Too
    : Pn Nur Rahimah Bt Yusof : Pn Ushah A/P Muniandy
    : Pn Rohana Bt Ariffin : Pn Salmiah Bt Mat Ahkhir
    : Pn Zubaidah Bt Chalie : Pn Hasliza Bt Che Amat
    : Pn Normali Bt Ibrahim : Pn Lee Hui Shan
    : En Ganeson A/L Munisamy : Pn Yusmanita Bt Othman
    : Pn Johana Bt Mohamed Ali :
    : Pn Marlina Bt Halim
    : En Ravindran A/L Muthu
    : Pn Razani Bt Yaacob
    : Pn Rohani Bt Abdul Kahar
    : Pn Rosnah Bt Sulaiman
    : Pn Sharifah Rohani Bt Abu Bakar
    : Pn Haniza Bt Mohamadin
    : Pn Syarifah Nurulaini Bt Syed Abdul Mutalib
    : Ahli SLAD dan Ahli PRS


    CARTA ORGANISASI PENGAWAS PPDa


    AHLI JAWATANKUASA PENGAWAS PPDa 2012

    PENGERUSI : PN. HJH NAAIMAH BT ISMAIL
    NAIB PENGERUSI : PN MAIMUNAH BT ABD GHANI
    GURU PENASIHAT : PN NORIANI BT ABDULLAH
    : EN MOHD ISKANDAR MOHD ARSHAD

    AJK PELAJAR :
    PENGERUSI : KHAIRUL AKMAL
    NAIB PENGERUSI : NOOR FITRI AMELIA

    25.7.12

    Lagu Tema PPDa

    Usah Biarkan Masa Berlalu Pergi
    Dalam Meniti Ranjau Berduri
    Wawasan Negara, Kekal
    Waja, Bina Bersama

    Harapan Semua
    Anak-Anak Bangsa

    Kami Sihat…Kami Hebat
    Kami Kuat….Kami Tekad…..

    Tanpamu…Diri Bebas Merdeka
    Tanpamu…Hidup Riang Cemerlang
    Tanpamu…Nusa Bangsa Gemilang
    Tanpamu…Negara Pasti Terbilang

    Kita Bersatu, Kita Bersatu
    Kita Berpadu, Kita Berpadu

    Katakan…..
    Laungkan….

    “Kami Bebas Dari Dadah!”